Nasib baik juga adikku Hasni sudi menghabiskan cuti ini di rumahku. Sekurang-kurangnya terasa juga 'aura cuti sekolah' musim ini. Paling-paling tidak, ada juga kengkadang aktiviti gila-gila yang dapat kami lakukan bersama... Sebenarnya, sebelum cuti banyak benar perkara yang tersenarai dalam fikiranku untuk aku laksanakan dalam cuti sekolah ini. Tapi... rasanya tak sebanyak mana yang dapat aku realisasikan.(sebabnya, sekali lagi: 'Waktu terlalu pantas berlalu')
Saturday, June 6, 2009
Tak Terkejar Waktu....
Nasib baik juga adikku Hasni sudi menghabiskan cuti ini di rumahku. Sekurang-kurangnya terasa juga 'aura cuti sekolah' musim ini. Paling-paling tidak, ada juga kengkadang aktiviti gila-gila yang dapat kami lakukan bersama... Sebenarnya, sebelum cuti banyak benar perkara yang tersenarai dalam fikiranku untuk aku laksanakan dalam cuti sekolah ini. Tapi... rasanya tak sebanyak mana yang dapat aku realisasikan.(sebabnya, sekali lagi: 'Waktu terlalu pantas berlalu')
Friday, May 29, 2009
Selamat Hari Guru!!!
Seperti yang telah kuagak sejak awal, kedatangan pelajar pada hari tersebut tidaklah seramai mana. (Malah p
Aturcara pagi itu agak ringkas tetapi meriah. Bermula dengan perhimpunan rasmi, bacaan ucapan Hari Guru, sesi fotografi majalah, seterusnya acara-acara seperti sukaneka, karaoke, perlawanan sepak takraw dan juga pertandingan gubahan bunga/buah. Aku tersenarai sebagai salah seorang peserta sukaneka. Permainan yang disediakan ialah permainan menggelecek bola hoki, pertandingan memecahkan belon, pertandingan baju kertas, dan akhir sekali pertandingan men
GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Thursday, May 28, 2009
Jom Pengkalan Balak!!
Sunday, May 17, 2009
Selamat Hari Jururawat_ 12 Mei 2009!!!
12 Mei adalah 'Hari Jururawat'. Biarpun telah agak terlambat, aku tak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' kepada semua yang bertugas dalam bidang kejururawatan. Dalam hidupku, tak dapat dinafikan, memang banyak terlibat dengan insan-insan beruniform putih ini.Dan penglibatan jururawat bermula agak ketara dalam hidupku setelah aku berjinak2 dengan Damansara Women's Specialist, Damansara Utama (kini dikenali sebagai TMC- Tropicana Medical Center). Ramai petugas-petugas di situ yang telah banyak memberikan bantuan buatku. Sumbangan tenaga dan nasihat serta semangat yang diberikan sememangnya amat berharga. Terima kasih....
Semasa berkunjung ke klinik-klinik kesihatan, terutamanya untuk memeriksa kandunganku, 'follow-up' dan juga semasa melahirkan anak sulungku di Hospital Selayang (16 Okt 2004).... sekali lagi aku terhutang budi dengan ramai cik-cik misi.
Kemudian, apabila mengalami komplikasi dengan kandungan keduaku (si kembar:
Erina dan Erisya)... laaaaagi banyak aku berurusan dengan jururawat-jururawat. Setiap hari aku menjadi pengunjung setia Klinik Pakar O&G (Dr. Baskaran, Dr Anna & Dr Ju). Jururawat-jururawat di sana tak pernah tarik muka sekalipun terpaksa menatap mukaku tiap-tiap pagi.
Setelah bersalin, semakin banyak aku terhutang budi dengan para manusia bergelar jururawat ini. Yang menguruskan diriku selama 3 hari di wad bersalin, juga yang menguruskan anak-anak pramatangku di MNICU berminggu-minggu. Setiap hari para jururawat ini berjaya mengurangkan kegusaranku tatkala saban hari aku dan suami mengunjungi anak-anakku selama beberapa minggu berikutnya. Para jururawat di KK8 dan KK9 memang berjasa buatku sekeluarga kerana menjaga dan menguruskan anak-anakku, Erina dan Erisya sehinggalah mereka dibenarkan dibawa pulang.
Monday, May 11, 2009
Nikmatnya Ais.....
Segar sungguh bila petang-petang begini pekena teh o ais dengan pisang goreng. (Bunyinya macam tak matching je yek??) Walau apa pun, pisang dah tinggal beberapa keping saja dalam pinggan. Pembantu rumahkulah yang mencadangkan teh o ais sebaik aku hulurkan pisang goreng tadi. Pantas saja aku mengangguk!!
Musim sekarang ni, sudah tak pikir lagi soal matching ke tak matching.... yang penting asal ada sebut 'ais', terus rasa teringin. Maklum sajalah musim sekarang ni yang cuacanya panas melampau-lampau. Itulah perkara yang nak aku perkatakan, tentang musim panas..... bukannya tentang pisang goreng!!
Beberapa minggu kebelakangan ni memang matahari macam tak berperikemanusiaan benar membakar makhluk-makhluk di bumi Allah ni. Mungkin sekadar nak mengingatkan manusia-manusia yang alpa tentang peritnya seksa api neraka. Yang terasa sekarang ni baru kira 'hujung jari' je.... Apa sajalah.... Tapi mengikut apa yang aku dengar dari stesyen radio, panas ni akan berterusan hingga ke bulan Julai nanti. Aduh!!!
Secara tak langsung, suasana di rumahku turut berubah sedikit. Yang paling ke
tara, ketiga-tiga kipas di ruang tamu (2 kipas syiling dan 1 kipas stand) dipasang dengan kelajuan maksimum. Dahlah tu... waktu bekerjanya bermula seawal 6.30 pagi dan hanya berehat sekitar jam 11.00 atau 12.00 tengah malam. Anak-anakku yang tak pandai sebut 'papa' atau 'mama' itu pun dah pandai memprotes sekiranya dibawa ke sudut-sudut yang agak terlindung dari tiupan angin kipas. Sebaik petang, macam dah pandai je 'meminta' dibawa ke bangku di hadapan rumah. Memang pun selesa melepak-lepak di bangku didepan rumahku itu, petang-petang, anginnya bertiup ala-ala tepi pantai gitu! Bila malam pula, cik abangku akan awal-awal lagi 'on' kan aircond.... sejukkan bilik, katanya. Tapi setakat sejam yang pertama, kesan aircond masih tak berapa rasa. Jika dulu aircond dipasang setakat beberapa jam yang pertama, sejak kebelakangan ni, tempohnya dah meleret hingga ke awal pagi!!Siti (pembantuku) tak perlu disuruh, mengubah rutin mandian anak-anakku. Dari dua kali sehari, sekarang dah bertambah jadi tiga kali. Waktu tengahari tu seronok benar Erina dan Erisya berendam dalam besen. Biasanya, lepas dicelup-celup dalam air, tak sempat pakai baju, dah mengamuk nak tidur!! Selesa la tu sentuh air!!
Huh... panas betul!!
Kadangkala nak melintas dari bangunan sekolah ke tempat letak kereta pun aku pikir panjang. Seboleh-bolehnya nak mengira mengguna segala formula vektor agar tak lama aku terdedah pada teriknya panas matahari. Kerana itu, kadangkala aku hairan.... dalam keadaan sebegini, masih ada pelajar yang 'sudi' bermain bola keranjang tatkala jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari (??!!).
Eh!! Mana teh o ais mama tadi???