Monday, April 13, 2009

Permata Hati



Permataku......
Yang sekian lama kucari
Yang sekian masanya kunanti

Hadirmu mencurah nikmat dalam hikmat
Menyusun lapisan pelangi menjadi titian hari
Menyulam kasih pada si pecinta hati

Permataku.....
Seketika dulu
Secebis angan pun tak betah kusinggahi
Bimbang tercalar hayatku yang sepi
Gusar hati rapuh ini digurisi
Enggan Takdirku ini kutangisi

Hari sunyi lalu
Menjadikan aku manusia yang syukur
Kerana mampu memelukmu dan mendakapmu
Dalam ribaanku

Tatkala merenungi tulusnya sepasang matamu
Bagaikan melihat jaluran sinar dalam kelam malam
Dan andainya aku bermimpi
Takkan kurelakan diriku terjaga lagi

Permataku....
Temani aku
Hiasi hariku
Warnai hidupku.

Permataku............permata hati.

2 comments:

  1. dah berisi dah wajah si kembar tu ye... dah pandai apa sekarang? baby Zura baru pandai meniarap...tengah belajar nak angkat punggung, tapi tak pass lagi...

    ReplyDelete
  2. Hmm... progress depa ni slow skit. Doc kata kena sentiasa minus 2 bulan, baru boleh buat perbandingan. Sekarang ni, dua-dua baru belajar masuk gear reverse (meniarap). Tapi kalau letak dlm walker dah boleh berdiri tegak dan tolak-tolak ngan kaki. :)

    ReplyDelete