Kunjunganku pada hari terakhir kerana menunggu mama datang dari Ipoh. Mama memang berhasrat untuk turut sama ke sana.... Walaupun pada hari terakhir, pengunjung masih lagi ramai. Rancangan kami untuk ke sana awal pagi terpaksa ditukar memandangkan ada beberapa perkara yang terpaksa diuruskan pada pagi itu. Kami hanya keluar jam 10.45 pagi dan tiba di sana sama ketikanya dengan waktu matahari galak di atas kepala. Floria punya pasal, kami redah juga... (heheheh)
Kalau nak dibandingkan dengan Floria 2007, taman-taman kali ini disediakan dalam saiz yang lebih kecil . Namun 'persembahan' mereka aga
k lebih bervariasi dan menarik.
Anak-anak kembarku pula kubawa menggunakan stroller. (Satu perkara yang menjadi kekurangan bagiku memandangkan kebanyakan taman-taman mempunyai landskap yang cantik dan kreatif, dengan lorong-lorong kecil hanya beralaskan batu-batuan dan kayu-kayuan..(Sedih... tak boleh nak explore dengan penuh perasaan!! Tak semua penjuru mampu aku terokai dengan stroller-stroller itu.) Tambahan pula dengan kepanasan yang entah berapa darjah Celcius itu, seakan mencairkan segala benda (kecuali lemak dalam badanku!), melencunkan pakaian dan sekaligus melajukan langkah-langkah kami.
Setelah penat mengelilingi landskap, kami masuk ke bahagian berbumbung (aircond) dimana bunga-bunga digubah dengan pelbagai cara didalamnya.... Aduh...nikmat betul bertukar 'cuaca'... dari panas membara kepada dingin sedinginnya. Kalau ikutkan hati, nak saja aku berlama-lama di situ. Namun, membayangkan ayah dan Eza di rumah yang mungkin menunggu untuk makan tengahari.... kami cepat-cepat beredar. Tambahan pula pada m
asa yang sama aku terfikir..... pada 'musim-musim' begini, di khalayak ramai, berada pula dalam binaan tertutup, beraircond sebegini.... lagi bagus kami tak berlama-lama. Mana tahu.....kot bukan bunga yang dibawa balik tapi selsema 'toooooot'..... Yelah, agi baik berjaga-jaga... H1N1 kan ada di mana-mana..... Naudzubillah....
No comments:
Post a Comment