Sunday, July 19, 2009

IVF Babies - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Dulu berdua... kini berlima!!

Fitrah kejadian manusia, meninggalkan generasi baru yang membawa gabungan genetik dengan kombinasi berbeza-berbeza untuk menjadi pewaris kehidupan akan datang.

Naluri manusia.... ingin menimang cahayamata, mendukung manusia kecil yang menjadi penyambung darah daging. Namun mungkin ramai pasangan yang tidak menyedari betapa bertuahnya mereka kerana dikurniakan cahayamata. Bilangannya tidak menjadi persoalan. Asalkan ada sudah menjadi satu kurniaan tak ternilai.

Sejak kebelakangan ini, bilangan pasangan yang mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat semakin bertambah. Tak perlu pihak lelaki atau pihak perempuan yang dipersalahkan kerana sebaik sahaja termetrai sebuah ikatan perkahwinan, bukankan segala apa yang menanti di hadapan menjadi masalah yang ditakdirkan untuk ditanggung bersama. Tidak agung cinta yang tersemi jika sebaik saja dugaan mendatang, pasangan cabut lari??! (Atau jadi alasan untuk 'tambah' lagi?!)

Aku kurang arif tentang punca sebenar masalah kesuburan ini. Namun setakat ilmu yang aku perolehi, sekiranya bukan atas faktor semulajadi; faktor kemalangan, penyakit dan gaya hidup juga boleh menjadi faktor-faktornya.

Apa yang utama disini adalah sesanggupan dan kesungguhan setiap pasangan tersebut untuk terus berusaha. Zaman kini, kita patutnya bersyukur yang amat-amat kerana kita masih diberi peluang untuk mencuba dengan pelbagai kaedah-kaedah moden yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Mulakanlah dengan pemeriksaan oleh pakar-pakar agar puncanya dapat dikenalpasti. Setelah itu, kita akan dicadangkan dengan kaedah yang bersesuaian. Walaupun prosedur yang terpaksa dilalui sememangnya menagih kesabaran dan kecekalan kerana ia tak semudah yang disangka, anggaplah ia sebagai suatu ujian yang menduga kesungguhan kita. Selain itu, halangan utama bagi kebanyakan pasangan ialah KOS rawatan. Memang benar... jangan terkejut jika kukatakan kosnya hampir sama dengan harga sebuah kereta kancil!! (Kerana kami dapatkan rawatan di hospital swasta. Kosnya mungkin SEDIKIT berkurang jika dirawat di LPPKN atau hospital-hospital kerajaan). Hanya keluarga terdekat sahaja yang mengerti betapa kami terpaksa bersusah payah 'menabung' beberapa tahun setiap kali ingin mencuba. Aku dan suami memangnya pasangan bertuah. Dua kali mencuba (IVF), kedua-duanya berjaya. Anak sulungku Ezry lahir pada 16 Oktober 2004 dan cubaan kedua menyerikan hidupku dengan kelahiran dua puteri kembar pada 30 Ogos 2008, Erina dan Erisya....

Ceritaku cerita dari pengalaman.....

Walau bukan semua pasangan yang mencuba berjaya, sekurang-kurangnya mereka tidak berpeluk tubuh dan berserah pada takdir semata-mata. Tuhan mahu kita sendiri berusaha mengubah nasib diri kita.....

Dan 11 Julai 2009 yang lalu, aku sekeluarga mendapat undangan dari Tropicana Medical Centre (yang tertulis dalam suratan takdir sebagai pihak 'pencetus' anak-anakku). Undangan tersebut berhasrat mengumpulkan seramai mungkin anak-anak IVF yang berjaya dibawa balik dari TMC, sekaligus meraikan bayi IVF TMC yang ke 2000. Aku tahu, yang menganugerahiku dengan 3 orang manusia kecil itu tidak lain dari ALLAH yang Maha Pencipta, namun aku tetap terhutang budi pada TMC yang menjadi 'sebab' untuk kejadian ini.

Dengan nama terdahulu, Damansara Fertility Centre (Damansara Women's Specialist), beroperasi di tempat sederhana, berasak-asak dengan kesibukan 'Up-Town'; kini TMC mampu berdiri megah di Kota Damansara... gah dengan bangunan milik sendiri dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur. Dari hanya bidang fertiliti, kini telah berkembang dengan cabang-cabang kepakaran yang menjurus ke arah pembentukan sebuah pusat kesihatan yang lengkap. Memang kunjungan kami tempohari membuatkan kami kagum dengan apa yang TMC capai kini.....


Sambutan '2000 TMC IVF Babies' dijayakan oleh hampir 700 hadirin tidak termasuk staf dan kakitangan TMC. Diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Kesihatan sendiri, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Tahniah ku ucapkan buat semua kakitangan TMC terutamanya Dr. Collin Lee, Dr. Surinder, Dr. Wong Pak Seng dan semua yang terlibat membawa TMC hingga ke peringkat ini. Dengan lahirnya 2000 bayi IVF TMC, secara rasminya TMC menyumbang 1/3 daripada keseluruhan bayi IVF di Malaysia.

Kepada pasangan yang diberi dugaan seumpamanya, jalan masih terbentang luas. Asalkan ada kesungguhan, kuatkan tekad.... insyaallah, rezekimu akan tiba jua.

36 comments:

  1. waaa..x lama lagi erina dan erisya sambut beday yg pertama la ye...nak tambah lagi ke???

    ReplyDelete
  2. Hehe... ya,dah hampir setahun dah. Cepat betul!! Rasanya cukup la dulu kot. Macam Zura ok la kalau nak tambah lagi...Tak gitu?

    ReplyDelete
  3. salam cikgu aida,
    saya hanya ingin berkongsi cerita di mana saya masih belum hamil walaupun hampir 4thn mendirikan rumahtangga. saya sentiasa berdoa selain berusaha turun naik lppkn sekalipun saya menetap di sarawak.tp Allah belum mendatangkan rezeki pd saya lg.kdg2 saya rasa tertekan dgn cakap2 org sekeliling.yg mana adik ipar saya yg kawen kemudian telah hamil dan akan bersalin pd hari raya nanti.saya semakin tidak mahu berjumpa org ramai.kebanyakan yg bertanya adalah saudara sblh suami sdgkan masalah dtgnya dr suami.count sperm low dan seorg perokok.saya menjadi semakin stress.namun saya berdoa agar tuhan cekalkan hati saya dlm mengharungi ujian drNya.di samping berdoa agar kami dikurniakan cahaya mata.tahniah kerana hasil usaha cikgu membuahkan hasil.syukur!

    ReplyDelete
  4. tahniah atas semangat gigih..akan saya ingat sampai bila2

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu,

    Teruja saya membaca pengalaman cikgu. Saya kini dah 4 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Setakat ni dah 3 kali IUI tapi gagal. Berapa kos nya di tempat cikgu buat IVF? -jams

    ReplyDelete
  6. Salam buat saudari "Anomymous", Hani dan pembaca blog saya... Maaf kerana telah agak lama tidak menjenguk2 laman blog ini akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan.
    Terima kasih dengan pengalaman yang dikongsikan. Saya turut berkongsi rasa dengan puan memandangkan apa yang dilalui puan adalah dari liku2 perjalanan hidup yang sama pernah saya tempuhi. Malangnya tak ada kudrat untuk saya membantu puan secara langsung dalam hal ini.
    Sekadar berkongsi pengalaman, memang kadangkala masyarakat kita masih terikut2 dengan ayat stereotaip tatkala bersua dengan pasangan yang masih belum dikurniakan cahayamata seperti "Bila nak ada anak...?", " Bila lagi..?", "Takkan lama sangat nak berdua je"...etc. Sedangkan kita maklum pertanyaan itu kadangkala mereka sendiri tahu berada di luar kekuasaan kita. Mereka tidak bermaksud menyinggug....cuma sekadar...bak saya kata ...ayat lumrah yang seronok ditanya. Padahal bagi jiwa2 yang mendengarnya....itulah seboleh-bolehnya ayat yang paling akhir untuk didengar! Betul tak?? Jadi...sebagai orang yang pernah melalui saat2 spt ini, pekakkan sajalah telinga... jangan ambil hati... jawab saja :"Belum ada rezeki....Insyaallah tak lama lagi kalau kalian turut doakan..."
    Namun saya AMAT2 berharap, walau apa juga kaedah yang dicuba...walau sebanyak mana kali gagal sekalipun.... jangan mengalah....teruskan usaha anda. Ingat, Tuhan kadangkala hanya ingin menguji kesungguhan kita....
    Bilangan pasangan yang senasib memang ramai, sebenarya. Di sekolah saya sekarang saja telah tersenarai 4-5 pasangan yang masih 'menunggu' setelah bertahun lamanya. Sabarlah..
    Memang KOS adalah HALANGAN UTAMA. Namun jangan jadikan ia pemutus usaha ke arah itu. Cubalah setakat/ selagi mampu. Saya akan turut doakan kejayaan kalian.

    IUI sememangnya memberi peluang yang agak tipis berbanding IVF. Tapi..sekurang2nya kita mencuba.... mana tahu.....

    IVF di TMC( sebelum ini Damansara Women's Spclist)...kos anak pertama saya dari awal percubaan hingga prosedur pemindahan ialah lebihkurang RM18,000. Rawatan susulan (hormon tambahan etc....) melibatkan penambahan lebihkurang RM5,000. Itu pun saya mohon dirujuk ke Hosp kerajaan untuk bersalin setelah masuk usia kandungan 7 bulan. Kandungan kedua..lebihkurang sama....jumlah hingga bulan ke 7 sebelum dipindah ke hospital kerajaan ialah lebihkurang RM25,000. Namun, kos yang benar2 menjadi pertaruhan (sebelum ditentukan positive @negative) ialah lebihkurang RM18,000...iaitu hingga proses pemindahan..... [Jumlah yang perlu 'diredhakan' dengan berat hati...]
    Setiap kali mencuba, jangan terlalu berharap..... sediakan ruang untuk menerima kekecewaan supaya kita masih boleh bangun dan berusaha lagi buat kali yang seterusnya...
    Hanya doa yang mampu saya iringkan buat saudari2 semua...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cg aida,

    utk pengetahuan cg, kami telahpun mendirikan rmhtngga selama 4thn lebih dan belum mempunyai cahaya mata, kini kami baru hendak mencuba kaedah IVF dan proses berkenaan akan di lakukan pada di hujung bulan julai,10 sehingga pertengahan bulan ogos,10.

    Disini kami ingin meminta pengajaran/pandangan dari pengalaman cg. tentang ivf ini, apakah ada perkara yang menyebabkan kurangnya keberkesanan terhadap kaedah ini, maksud saya adakah ada makanan yang dilarang sewaktu proses atau sebelum ivf dijalankan?.

    untuk pengetahuan cg, kadang2 saya ada mengalami stress diwaktu bekerja adakah perkara ini mesti di elakkan juga?

    ReplyDelete
  8. saya ada pcos . ada chance tak utk saya get pregnant

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum cg.aida,
    saya hanya ingin berkongsi cerita,masa bulan Jun,10 saya ada post komen yg saya akan menjalankan ivf pd bulan ogos,10. kini saya merasa tenang dan nampaknya saya telah berjaya menjalani proses ivf tu, masa kini saya telahpun hamil 16 minggu (kembar). Dan saya berdoa semoga saya dapat melahirkannya dengan selamat seperti kejayaan cikgu dan saya memegang prinsip seperti yg pernah cikgu katakan iaitu Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

    ReplyDelete
  10. Wkumsalam... Maaf kerana jarang ber'blog' kebelakangan ini. Bagi yang baru ingin mencuba... teruskan! Insyaallah.... redha dengan takdir yang menanti kita, berjaya or gagal terima sahaja dengan hati terbuka, ok!

    Bg puan 'Anonymous', tahniah kerana akhirnya penantian, harapan puan dan suami membuahkan hasil. Namun, memandangkan ianya kandungan kembar, puan perlu jaga diri puan sebaik-baiknya. memang mengandungkan anak kembar memerlukan tenaga yang lebih terutama pada trimester yang terakhir. Jangan terlalu excited, ok! Sentiasa periksa kandungan ikut jadual tau! Pengalaman saya, saya lahirkan mereka hanya pada minggu ke 32 dengan berat 1kg dan 1.6 kg setelah disahkan salah seorang bayi saya kurang mendapat bekalan O2 dari uri. Itu pentingnya pengesanan awal. Alhamdulillah...semuanya selamat walaupun dalam usia sebulan dua mereka mmg membesar dalam inkubator! Bukan nak takut-takutkan puan...jgn salah faham ya!! Hanya nak mengingatkan, masih perlu sentiasa berdisiplin mengikut jadual pemeriksaan doktor kerana kita ada '2in1' yang komplikasinya juga akan jadi 2x ganda juga!! Apa-apa pun, tahniahlah ya!! Sekarang dah boleh buka tabung untuk menyediakan keperluan pada bulan2 terakhir nanti yang akan kali dua kali dua dan kali dua!! heheheh... Untuk anak2, takper... Bersedia jugalah dari segi mental untuk ber'perang' dengan mereka bila dah setahun dua macam anak saya ni. Tak sanggup bila aktiviti mereka semuanya bergabung tenaga, :). Pastikan juga puan dah ada plan sama ada akan menghantar mereka ke nursery or menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. Pastikan pembantu rumah yg diambil mmg seseorang yang sukakan kanak2 kerana karenah anak kembar ni, maknya sendiri pun kadangkala 'angkat tangan'....
    Well...take care tau! Enjoy your every seconds, sementara puan boleh merasai mereka sebahagian dari tubuh badan puan. So beautiful! Insyaallah, saya doakan semuanya ok!
    Untuk yang lain-lain...TERUSKAN USAHA ANDA, CAIYOK!

    ReplyDelete
  11. Salam...
    Cikgu, sy dah 4 tahun kawin dan dah 3 kali wat iui kat lppkn n tak berjaya. sy plan nak wat ivf tahun depan.... skrg tgh kuatkan mental n fizikal tuk start wat prosesur ivf....

    ReplyDelete
  12. Salam semua..
    Bila trbca blog ni sya trpanggil utk brkongsi ttg pglman sya. Sd lebh 10 thn brkwin tp blm d kurniakan chyamata.Tanggapan org lain & prtanyaan bonus ttg brapa org anak tak usah ckp, sehingga andai ada tetamu brtandang ke rmh emak di kg sya mls nk kuar dr dpur sb nk menggelakkn tu suma. Usaha? dari prubatan trdisional hggalah prbtn moden dh bt...4 x bt iui & bbrapa bln yg lalu bt IVF di hsptl krjaan tp msh tak ada rzeki. Bla bt iui dan ggal, affect rsa kcewa tak sbrapa, tp slps bt ivf,Allah sj yg tau btapa sdih & frustnya sya. Mood sya hilang, setiap prtnyaan teman2 d tmpt bkerja trasa spt satu tekanan. Klu blh sya tak nk jmpa dgn sesiapa n lbh suka brsendrian. Tp alhamdulillah slps sbuln sya dh blh trima apa yg brlaku. Ini mgkin dsbbkn pngorbanan yg dlakukn utk bt ivf yg bkn sj dr segi kos tp faktor msa n ksanggupn mlakukn suntikn sndiri dgn ubt2 yg dbekalkan di smping suntikan yg d lakukn oleh doktr & jururwt....Skrg sya hy brserah kpdNya dgn mprbyakkan doa & mbca surah2 trtentu slps solat agar dberi peluang olehNya utk hamil & memiliki zuriat sndiri...mudah2an Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akm kak, saya pun nk berjongsi ngan kak Anonymous...hari ni saya frust sbb hampir 3minggu slps rawatan ivf saya turun darah pd hari ahad slps 2minggu memasukkan embrio ke dlm rahim..hari ni suma dah xada..saya cuba kuatkan semangat saya untuk membuat rawatan yang seterusnya sbb saya percaya tuhan akan tolong org yang xpernah putus asa...insyaallah

      Delete
  13. Boleh saya tahu di mana anonymous buat ivf ye?
    Sudi ceritakan pengalaman?
    TQ

    ReplyDelete
  14. salam...sy akan mula suntik minggu dpan..sy buat di hospital swasta di penang..hospital lam wah ee..apa yang sy perhatikan ramai org Malaysia sendiri xtau hospital Lam wah ee..w/pun hospital swasta tp die murah..harga sekitar rm10,000 dan hasil keberjayaan yg tinggi..ramai org dr indonesia ke hospital ni*cina indo*..sampaikan sy pon hari-hari baca blog dr indonesia yg buat rawatan di penang..Dr Ng peng Wah sgt glemer dikalangan org indon sbb keberjayaan yang tinggi..doakan sy ye...sy berusaha dan tawakal kpd Allh swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazrah..maaf nak tanya macam mana hasilnya rawatan di hospital lamm wah ee tu, saya rasa nak cuba sebab dan buat BTL lepas anak ketiga kerana semuanya melalui pembedahan..sekarang suami nak anak lagi..saya bimbang jika dia beralih arah..kos mmg jadi faktor utama saya sebab takut xmampu kalau terlalu mahal

      Delete
  15. salam.. saja berkongsi pengalaman.. saya dah berkahwin 4 tahun dan disahkan tidak boleh mengandung secara normal.. so terpaksa la kena buat ivf... rasanya untuk membuat rawatan ivf ni perlukan kekuatan mental yang mantap. ditakdirkan Allah semasa rawatan ivf saya diuji dengan kenakalan suami yang bermain kayu tiga kat luar.. Allah saja maha tahu segalanya.. bagaimana saya cuba menahan perasaan.. akhirnya rawatan ini gagal.. sekarang kena bangkit semula menerima hakikat dan mencuba untuk kali kedua.. doakan saya agar segalanya berjalan lancar dan berjaya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.... Utk pn Anonymous, kadangkala Tuhan menduga kita dengan pelbagai dugaan. Amat berat untuk menanggung lebih-lebih lagi andai dugaan2 itu hadir dalam tempoh masa yang sama. Semoga cubaan puan yang seterusnya akan membuahkan hasil. Setiap usaha itu pasti ada ganjarannya. Insyaallah.

      Delete
  16. Askum c.aida. Sy baru buat embyo transfer 12 hari yg lalu.now sy bleeding dh masuk ari empat hari. Sy btul2 risau.apakah peluang untuk sy hamil tipis? So nk tanya pengalamn c.aida mcm mane.

    ReplyDelete
  17. Sy dh 12 day after et.skng ni bleeding dh masuk empat hari. Dulu c.aida wat ivf ada x bleeding mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf atas kelewatan memeri jawapan kpd puan Nr. Saya doakan agar kandungan puan pada waktu ini tidak mempunyai sebarang masalah.
      Sekadar berkongsi masalah yang sama dengan rakan-rakan yang lain, pengalaman saya untuk kedua-dua kandungan, semuanya mengalami masalah bleeding.... tetapi pada minggu ke 11 (1'st son) dan pada minggu ke 7 (twins). Namun alhamdulillah, kandungan tidak terancam dan saya dibekalkan dengan beberapa dos suntikan ubat penguat rahim dan diminta bercuti (*dilarang banyak bergerak,apatah lagi membuat kerja2 berat.) Pada waktu2 sebegini, sokongan daripada suami dan keluarga sememangnya amat diperlukan. So, untuk ibu2 yang bermasalah sama diluar sana, jgn terlalu panik, cuma ikut nasihat doktor, ambil ubat yg diarahkan dan selebihnya...DOA DAN TAWAKKAL KEPADA TUHAN.Insyaallah...

      Delete
  18. Salam...boleh akak share pengalaman ketika tempoh 2 mggu awal? Sy skrg d hari ke 10 selepas embrio transfer....n nerves tggu hari untuk check afakah process ini betjya atau tidak..pd awal embrio trasfer..perut sy kembong...slpas itu smpai skrg d bwh perut sy sering rsa mild cramp...adakah itu tnda2 positive atau sebaliknyaa...

    ReplyDelete
  19. salam..
    saya sudah berkahwin 8 tahun, sudah menjalani IUI sbyk 5 x tetapi Allah belum menginginkan saya hamil. saya ada endometriosis disbbkan umur dah 40 tahun doktor x galakkan operate. InsyaAllah saya akan jalani IVF pada jauari 2013. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan kekuatan dan kekuasaan Allah sahaja. Mudah2an Allah izinkan cubaan IVF nanti berjaya. Akka juga tiba2 datang kekuatan , sedih di hati tiba2 hilang bila mmbca semua post2 adik2 yg senasib. InsyaAllah kita sama2 doa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun amat lambat membalas post ini, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk rakan2 di luar sana. Semoga usaha gigih akan membuahkan hasil. Sesungguhnya ramai yang sudi berkongsi rasa, menjadi pendengar setia kerana perjalanan kita hampir2 sama. Insyaallah... yang terbaik ada menanti.

      Delete
  20. SALAM..Suka sangat baca cerita Cikgu Aida. Saya pun senasib tp masih belum berjaya walau telah mencuba pelbagai cara. Tahun ini telah 10tahun usia perkahwinan saya..mmg pahit bila banyak sgt soalan yang ditanya mengenai anak..tp sy percaya apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  21. salam..kalau kt Ipoh hosp mn yang bt rawatan ivf

    ReplyDelete
  22. salam cikgu...sy berusia 39 thn skrg 2 thn lepas sy ada buat iui 2x di hospital putra jaya tapi gagal..adakah usia sy skrg ni boleh buat ivf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kak Azizah... pandangan saya yg cuma cikgu biasa ni, tak salah rasanya kita terus mencuba, kan? Kalau tak silap saya, semasa saya menjalani rawatan di DFC/ TMC tu dulu, ramai juga pesakit yang kelihatan agak berusia. Malah dalam salah satu artikel yang ditampal di papan kenyataan mereka ada menyebut, seorang nenek tua pun berjaya mendapatkan zuriat melalui proses IVF. Cuma, PELUANG mungkin semakin berkurang, seiring dengan masa. Doc akan menentukan kaedah rawatan/ ubatan yang sesuai dengan umur kita bagi meningkatkan posibility utk berjaya. Cthnya.... menambahkan bilangan zygote semasa pemindahan.

      Harapan saya, akak tak akan berputus asa. Insyaallah...

      Delete
  23. salam cikgu dulu sy ada buat IUI 2x tpi gagal..skrg umur sy 39 thn boleh k buat IVF?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum cikgu aida, best blog akak..seronok baca..salam perkenalan..jom baca blog saya..http://rinnran.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm, Rinihafzah,
      Terima kasih. Alhamdulillah andai ada yang menyukai penulisan saya. Saya cuma menulis mengikut apa yang dirasa. Tiada kepakaran dalam menyusun atur laras bahasa mengikut peraturan bahasa yang sebenar. Penulisan dengan bahasa ringkas, namun berselitkan harapan agar dapat memanfaatkan setiap yang berkongsi ruangan. Dengan bahasa mudah... penulisan ikhlas dari hati. (Cuma kekangan dari segi masa agak menghalang luahan demi luahan dan coretan demi coretan).

      Harap dapat terus kita berkongsi.... Inshaa Allah...

      Delete
  25. Salam c. Aida..
    Terpanggil membaca blog cikgu..
    Buat pwngetahuan cikgu sy mudah mengandung cuma sy terlalu inginkan anak kembar. Boleh ke sy buat ivf ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Puan, sebenarnya terserah kepada keadaan poket puan. Kalau ingin mencuba semata-mata kerana mahukan anak kembar, silakanlah. Tetapi... IVF bukan jaminan utk dapat kembar. Hanya diberikan kebarangkalian yg lebih tinggi berbanding kaedah semulajadi.
      Sebenarnya...mmg seronok mempunyai anak kembar, tetapi banyak juga yg orang tak nampak. Kesukaran tatkala kesihatan kurang mengizinkan... hal2 urusan penjagaan (*bukan semua maid sanggup menjaga anak kembar), dan kita sendiri kena sanggup menjaga karenah x2 terutama musim2 mereka tengah ligat. Kalau puan bersedia, mudah2an Allah tunaikan hajat puan. Apa2 pun..bagi saya itu adalah kenikmatan yg amat besar oleh Allah buat kami.

      Delete
  26. asslm cikgu,cikgu buat di tmc ivf ni,first trial semua berjaya ke?masa buat tu umur brpa yer?

    ReplyDelete
  27. aslm cikgu,semasa cikgu buat di tmc buat first trial ivf terus berjaya ke utk kedua2 anak?sy ingin cuba ivf ,tapi sb kos mahal takut gagal.umur cikgu masa buat ivf tu berapa yer

    ReplyDelete
  28. Wkmslm..
    Mungkin rezeki kami murah. Allah kurniakan kejayaan untuk kedua2 kali percubaan kami. Proses IVF mmg menelan belanja yg agak tinggi. Kerana itulah kita kena REDHA saja dengan keputusannya nanti. Setidak2nya kita berusaha. Waktu mencuba utk anak sulung saya, umur sudah 28 tahun. Untuk kali kedua semasa berumur 32 tahun.

    ReplyDelete