Sunday, June 7, 2009

ABAM or LEMBAM

Hmmm.... Lama sangat dah tak tengok cerita Melayu di TV.
Entah kenapa malam tadi, tanganku terasa amat malas hendak mencapai remote yang terletak agak jauh dariku. Jadi sambil menanda kertas peperiksaan, aku turutkan saja naluri pelikku untuk menonton cerekarama TV3 minggu ini. Manalah tahu, tayangan malam ini ada unsur menariknya dimana-mana. Lagipun, dari judul dan sinopsisnya, cerita ini tak ada unsur-unsur mistik dan seram yang memang di'haram'kan di rumahku kerana anakku Ezry tu penakut nombor satu!!! Judulnya....."ABAM"

Bermula dari minit-minit pertama tontonanku, suara hatiku telah berkali-kali menjerit protes. Banyak benar perkara yang akal cetekku ini tak dapat terima. Cerita yang ditayangkan membawa masej mudah. Kisah pergolakan hidup antara dua orang saudara lelaki (adik beradik tiri) yang mampunyai karekter yang 100% kontras. Si adik, Angah, menjadi pujaan dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh si ayah, manakala si abang, Abam, sentiasa menjadi mangsa pilih kasih si Ayah akibat dendam tak berpenghujung si Ayah kepada arwah bapa Abam (musuh ketatnya dikala muda). Jadi sepanjang 50% awal cerita, hanya menunjukkan kisah 'cerita Melayu tipikal' ala-ala kisah Cindarella... yang mana kalau jahat tu teramat la jahatnya, dan kalau baik pula.... baik la teramatnya (hingga termasuk ke skop bodoh la pulak gayanya). Pengorbanan Abam yang tak bertempat, kononnya sebagai bukti kasih pada Angah langsung tak dapat diterima akal. Dahlah pemilihan pelakon yang dah tak nampak se'remaja' mana untuk watak budak tingkatan 5. Dan sebagai seorang guru, ada bahagian-bahagian yang memang menampakkan kebodohan yang nyata dan membuat aku tersenyum dalam loya... Contohnya, apabila keputusan peperiksaan di'pinjam'kan kepada Angah semata-mata untuk menyelamatkan Angah dari dimarahi ayah. Seterusnya, Abam yang teruk dibelasah kerana ayahnya percaya keputusan teruk yang ditunjukkan adalah milik Abam... Wah,wah, wah... mudah benar nak ubah-ubah keputusan peperiksaan sekarang ini ye.... guna liquid paper ke guna correction tape nih?? Si ayah tahu membaca ke tak? Lagi satu, penduduk kampung tak pernah nampak ke si Angah ni dengan aktiviti liarnya hingga meleret sebegitu lama tanpa diketahui ayah, sedangkan kali pertama Abam balik lambat, terus sampai ke pengetahuan ayahnya. Kejahatan Angah pula adalah kejahatan yang nampat dibuat-buat... entahlah... nak komen pun tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Yang pasti, mulutku tak habis-habis membebel dengan protes yang tak habis-habis, tapi tekad untuk menonton babak-babak kebodohannya hingga ke akhir cerita.

Yang pasti, cerita-cerita sebegini mengingatkan aku beberapa karangan ala-ala cerpen pendek yang pernah aku karang semasa aku berada dalam darjah 6 dulu. 85% jalan ceritanya hampir sama, kecuali penyudah 'cerpen'ku dulu kurasa mampu kugarap dengan lebih kemas dan menarik. Namun, cerekarama ABAM ini memang bukan penerbitan yang sia-sia. Cuma slot tayangannya saja yang kurasakan tidak kena. Sepatutnya ia tidak dimuatkan dalam slot cerekarama tapi dijadikan salah satu cerita bimbingan tauladan dalam TV Pendidikan bagi matapelajaran Pendidikan Moral tingkatan 1 atau 2.

Maaflah TV3, kerana aku memberikan pandangan sinis yang mungkin agak mengecewakan. Namun, aku sebagai penonton yang jarang-jarang berpeluang menonton TV ni, laaaaaaaaaagi kecewa dengan apa yang kutonton malam tadi. Diharap TV3 tidak hanya tangkap muat sahaja dalam menyediakan rancangan yang bermutu dan memuaskan hati semua pihak.

Alahai ABAM.......

7 comments:

  1. Boleh saya tahu siapa nama pelakon yang main watak cikgu dalam cerita ABAM?

    ReplyDelete
  2. Maaflah....tak pasti pula saya.

    ReplyDelete
  3. Abam tu ialah pelakon yang jadi Merah dalam cerita Merah Putih, slot Lagenda TV3

    ReplyDelete
  4. Cikgu Aida,saya setuju dgn pandangan cikgu. Saya bkn saja loya, malah dah muntah darah! Cerita Melayu memang dah diketahui awal, klimaks dan endingnya. Minggu lps punya cerita pun...samalah jugak (Sesucilah Hati). Judulnya pun...pelik. Bukan tak ada pengajaran, cuma tipikal Melayunya amat terserlah.

    ReplyDelete
  5. SAYA RASA CERITA TO O.K....
    MUNGKIN KITA XTAU ITU ADALAH REALITI...
    PERNAH TERJADI KEPADA SAUDARA SYE...
    DLM DUNIA NI MANE ADER YG X MUNGKIN....
    BENDA2 NI WUJUD...
    MUGKIN PERSEKITARAN MANUSIA BERBEZA...
    JADI PANDANGAN AWAK BEGITU...
    PADA SY LAKONAN ABAM TO BERKUALITI DAN MENYENTUH PERASAAN....

    ReplyDelete
  6. pada sye....
    jgn mudah kte mengkritik hasil kerja org lain....
    lg2 bangsa kte sendiri....
    maaflah....jika terasa....
    kte pun blum tentu leh mengarah atau belakon....
    sesungguhnyer...seburuk2 mabe pun pelakon tooo..
    jgn la sampe kritik yg melampau...
    mereka ade cre mereka sendiri..
    mugkin pd anda pelakon tersebut bukan pilihan anda jd sebaik2 mana pun mreka belakon kalo dah empunya diri x suke maka negatif lah pandangna nyer....
    cubalah kalo pelakon to kite minat...
    belakon mcm kayu pun anda suka...
    xperlah hak masing2....

    ReplyDelete
  7. Hmmm... rasanya ada juga komen-komen di atas yang agak menyimpang dengan apa yang sebenarnya ingin saya sampaikan. Bukan persoalan pelakon kegemaran atau tak yang jadi perkara utama.... tapi kekemasan jalan cerita...
    Juga saya tak katakan cerita itu tak mungkin terjadi dalam kehidupan sebenar... cuma biarlah situasi yang cuba digambarkan kalau tak 100% logik pun, sekurang-kurangnya 80% logik. Tak ada pernyataan saya yang mengatakan filem2 melayu tak berkualiti, kan? Kan?? Saya tak nafikan, ada cerita2 Melayu, contohnya NUR KASIH yang saya mampu ikuti hingga ke penghujungnya (walaupun tak ada seorang pun pelakon kegemaran saya, ok!) kerana garapan ceritanya yang kemas dan plot ceritanya yang bukan stereotype... Harap jelas dengan maksud saya, ya... Maaf sekali lagi jika ada yang tersinggung perasaan.

    ReplyDelete