Hmm.. lama juga tak berceloteh ya....
Segar sungguh bila petang-petang begini pekena teh o ais dengan pisang goreng. (Bunyinya macam tak matching je yek??) Walau apa pun, pisang dah tinggal beberapa keping saja dalam pinggan. Pembantu rumahkulah yang mencadangkan teh o ais sebaik aku hulurkan pisang goreng tadi. Pantas saja aku mengangguk!!
Musim sekarang ni, sudah tak pikir lagi soal matching ke tak matching.... yang penting asal ada sebut 'ais', terus rasa teringin. Maklum sajalah musim sekarang ni yang cuacanya panas melampau-lampau. Itulah perkara yang nak aku perkatakan, tentang musim panas..... bukannya tentang pisang goreng!!
Beberapa minggu kebelakangan ni memang matahari macam tak berperikemanusiaan benar membakar makhluk-makhluk di bumi Allah ni. Mungkin sekadar nak mengingatkan manusia-manusia yang alpa tentang peritnya seksa api neraka. Yang terasa sekarang ni baru kira 'hujung jari' je.... Apa sajalah.... Tapi mengikut apa yang aku dengar dari stesyen radio, panas ni akan berterusan hingga ke bulan Julai nanti. Aduh!!!
Secara tak langsung, suasana di rumahku turut berubah sedikit. Yang paling ketara, ketiga-tiga kipas di ruang tamu (2 kipas syiling dan 1 kipas stand) dipasang dengan kelajuan maksimum. Dahlah tu... waktu bekerjanya bermula seawal 6.30 pagi dan hanya berehat sekitar jam 11.00 atau 12.00 tengah malam. Anak-anakku yang tak pandai sebut 'papa' atau 'mama' itu pun dah pandai memprotes sekiranya dibawa ke sudut-sudut yang agak terlindung dari tiupan angin kipas. Sebaik petang, macam dah pandai je 'meminta' dibawa ke bangku di hadapan rumah. Memang pun selesa melepak-lepak di bangku didepan rumahku itu, petang-petang, anginnya bertiup ala-ala tepi pantai gitu! Bila malam pula, cik abangku akan awal-awal lagi 'on' kan aircond.... sejukkan bilik, katanya. Tapi setakat sejam yang pertama, kesan aircond masih tak berapa rasa. Jika dulu aircond dipasang setakat beberapa jam yang pertama, sejak kebelakangan ni, tempohnya dah meleret hingga ke awal pagi!!
Siti (pembantuku) tak perlu disuruh, mengubah rutin mandian anak-anakku. Dari dua kali sehari, sekarang dah bertambah jadi tiga kali. Waktu tengahari tu seronok benar Erina dan Erisya berendam dalam besen. Biasanya, lepas dicelup-celup dalam air, tak sempat pakai baju, dah mengamuk nak tidur!! Selesa la tu sentuh air!!
Huh... panas betul!!
Kadangkala nak melintas dari bangunan sekolah ke tempat letak kereta pun aku pikir panjang. Seboleh-bolehnya nak mengira mengguna segala formula vektor agar tak lama aku terdedah pada teriknya panas matahari. Kerana itu, kadangkala aku hairan.... dalam keadaan sebegini, masih ada pelajar yang 'sudi' bermain bola keranjang tatkala jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari (??!!).
Eh!! Mana teh o ais mama tadi???
No comments:
Post a Comment