Salam buat pembaca.
Dah 3 bulan lebih laman blog ini tak terjengah. Tak payah nak memberi alasan. Memang aku bukan penulis blog yang konsisten. Full stop.
Dari Januari hingga April, kerja sekolah masih bertimpa-timpa datang tanpa memberiku sedikitpun ruang. Ini pun, sepatutnya tak mampu lagi aku berbicara di sini sedangkan ada lagi beberapa tugasan yang telah sedia menunggu. Tak mengapalah....sekadar mengubat kerinduanku untuk menulis.
Dalam tempoh 3 bulan lebih ini, memang banyak benda yang ingin aku kongsikan. Banyak, tapi tak terungkap di ruang ini. Ada antaranya ialah perkara-perkara basi yang aku sendiri pun malu untuk olah sebab dah berlalu terlalu lama. Kebanyakan masanya aku bermonolog sendiri, bercerita dalam hati...mengganti ketukan jemari di key-board ini. Bezanya ialah tak mampu didengari dan aku juga tak boleh mengulang baca apa yang telah kuperkata. Kerana itulah aku gagahkan juga menulis di sini. Sekurang-kurangnya orang tahu Blog Cikgu Aida ini masih belum mati.
Atas dasar kesibukan juga, aku menjadi seorang yang tamak. Tamak dengan masa! Otakku kengkadang secara automatik mencongak-congak tarikh-tarikh cuti yang boleh aku gunakan untuk mengosongkan beban fikiran. Seperti cuti yang lepas-lepas...cuti persekolahan akhir tahun. Agak tertekan dengan 'cuti yang tak rasa macam cuti' tu. Bukan salah sesiapa...salah aku sendiri juga sebab memohon 'kerja sampingan' dalam masa cuti tu. Bukan kewangan faktor yang utama kerana apa yang aku dapat taklah sebanyak mana. Cuma mungkin dari 'kerja sampingan' itu, pengetahuan dan pengalaman yang aku perolehi dapat aku gunakan untuk memantapkan proses pengajaranku agar
anak-anak didikku mampu mencapai keputusan yang lebih memberangsangkan. Dan dengan kerja-kerja itu, tahu-tahu saja cutiku telahpun berlalu.
Menuntut satu ruang untuk mengosongkan fikiranku seketika, aku dan keluarga ke JB dan Singapura pada Februari yg lalu. (Tentang ini, akan aku tuliskan dalam isu yang seterusnya). Hanya cuti beberapa hari tetapi amat bermakna untuk melonggarkan sedikit ruangan padu dalam mindaku.
Seterusnya.... aku menghitung lagi... Cuti seterusnya ialah pada akhir Mei/ awal Jun nanti. Dengar-dengar cerita sekolah dah sediakan satu program untuk 'membawa pergi' beberapa hari cutiku itu nanti. Aktiviti sekolah selama 3 hari berturut-turut di Melaka yang hanya akan bermula pada Isnin dalam minggu pertama cuti. Bermakna....hingga hari ke-5 takkan ada apa-apa program "SUPER MARVELOUS" untuk diriku nanti!! Dan takkanlah balik saja dari Melaka....akan aku lompat masuk kereta untuk sambung dengan aktiviti bercanda ria....Tak sesuaaaiiiii....
Tambah pula, dari desas-desus orang-orang politik (dan bukan politik pun sama jer), mengatakan Jun mungkin dianggap sesuai untuk diadalan PRU-13 nanti. Alahai... kalau dah PRU pun musim tu, tak kemana la nampak gayanya! Dalam kepala merangka-rangka.... Andaikata ramalan itu tak benar belaka, hajat di hati nak pulang ke kampung halaman, menjenguk saudara mara yang dah lama tak bersua. Dah beberapa perkahwinan yang hanya mampu kuraikan dari jauh malah juga ada kematian yang kusedekahkan Yassin dari jauh. Wajarlah kalau kali ini aku pulang barang seketika.
Daaaannnn...... jangan pula aku disalahkan kerana aku 'tamak masa'! Semuanya kerana aku ingin memberikan sedikit ganjaran buat diriku sendiri yang selama ini memang telah bekerja keras. (Tak kisah lah kalau ada orang lain nak kata "Ek Eleh... kerja keras ker?!" Tak kisah....) Yang aku tahu memang aku telah bekerja keras. Dan ganjarannya ialah aku mahukan sedikit ruang untuk keluar seketika dari rutin yang sememangnya menyiksakan.
Masalahnya.... aku tak mampu mengubah corak aliran pemikiranku. Andaikata aku mampu menceriakan hidupku dalam cuti itu, adakah aku juga mampu melupakan terus kerja yang bakal menunggu setelah itu?? Hrmm.... Dalam tempoh cuti tu, aku tahu...ada kertas yang perlu ditanda! Buka saja sekolah lepas cuti tu, aku kena segera meligan guru-guru untuk memasukkan markah dalam SAPS tu!! Lepas cuti juga aku perlu menyelaraskan Minggu Teknik & Vokasional (yang pertama kalinya aku kena jadi ketua!). Dan lepas cuti juga dengar-dengarnya PIBG dah sepakat nak mengadakan aktiviti besar untuk mengumpul dana. ..yang mana,salah seorang 'AJK Penting' PIBG akan cuti bersalin waktu itu, dan akulah akan mengambil-alih tugasnya!! Suatu tugas yang memerlukan aku melakukan tanggungjawab yang hatiku sehingga kini berat untuk menerimanya!!!!
Jadi, tamakkah andai aku untuk menghitung hari-hari cutiku???