Lama betul tak menulis. .....Rinduuuuu........ Tapi apa boleh buat. Memang sangat tak berkesempatan. Telah lama benar http://www.cikguaida.blogspot.com/ tidak dilawati. Maaf lah 'Cikgu Aida' yer!!
Dan kiranya tiba-tiba saja aku muncul di laman blog ini. Maknanya memang keadaanku agak lapang. Jadi apa lagi, jommmm kita teruskan.....
Musim cuti sekolah dah tiba hampir ke penghujung, tapi bagiku, sebenar-benar cuti baru bermula beberapa hari. Biasalah... ada saja saki baki kerja yang perlu disiapkan. Bersambung pula dengan 'tugasan rasmi' yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah...... Setelah selesai semua perkara ini, barulah kepalaku terasa sedikit ringan. Barulah jiwaku terasa benar-benar tenang. (Dan baru beberapa hari menikmati saat-saat indah sebegini.... berat badan rasanya dah naik mencanak-canak!! Aduss!!)
Kerana ketenangan itulah yang membawaku untuk bermain-main dengan keyboard ini. Mencurah rasa yang setidak-tidaknya mewarnai lagi blogku ini kali ini. Apa yang perlu aku perkatakan ya?? Hrmmm.....
SBPA.. ramai yang suka, rasanya sebab melibatkan penyelarasan gaji. Aku pun suka. Sistem perkhidmatan dikemaskini agar pegawai-pegawai kerajaan akan menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih berinisiatif dalam melaksanakan tugasannya. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan wajib adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan wajib 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur persaraan wajib 60 tahun.
AHAH!! Part ni yang aku sebenarnya agak gundah gulana...... Aiseh.... Nampak gayanya macam nak kena bersara wajib masa umur 60 tahun la yer? Katakanlah aku bersetuju menerima umur persaraan wajib 60 tahun, persoalan seterusnya timbul: Mampukah aku untuk berkhidmat sehingga ke usia sebegitu? Tugas guru bukan tugas yang statik!! Tugas guru naik turun tangga, menjerit-jerit dalam kelas, berkejar ke sana sini.... berdiri separuh hari. Mata perlu terang.... menanda buku murid, menanda kertas dan menaip soalan..... Mampukah aku tatkala usia menjangkau 60 tahun untuk melakukan semua itu?? Hati tiba-tiba terasa berat. Bukan kerana aku tidak ikhlas untuk mencurah bakti sehingga ke tahap itu, cuma aku was-was dengan kemampuan dan keupayaan diriku sendiri tatkala berada di tahap itu. Sedangkan dalam pilihan yang terdahulu aku memilih umur persaraan 56 tahun, takkanlah sekarang akan kuanjakkan ke tangga 60 tahun? Seakan terbayang-bayang diriku sendiri yang terbongkok-bongkok mendaki tangga. Entah-entah, waktu itu aku berjalan memegang minyak angin di tangan. Kaca mata tebal yang tersangkut di hidung....kot! Entahlah.....
Dah lama agaknya aku duduk di depan komputer ini.... mataku mula terasa berpinau-pinau. Pinggang pula mula terasa lenguh dan tidak selesa. Kepala mula terasa berdenyut-denyut. Mungkin ini adalah sedikit sebanyak klu yang Allah turunkan buatku....
Dan makin lama aku membayang-bayangkan...... Angka 56 semakin dan semakin jelas kelihatan........
Insyaallah....tengok sajalah apabila sekolah dibuka nanti.
P/s- Aku pasrah padamu Ya Allah... kerana sebarang ketentuan yang telah Engkau tetapkan, mungkin itulah yang terbaik buatku. Kerana sebagai hambaMu, aku tidak tahu apa jua yang bakal menanti dihadapanku.