Agak tak seperti kebiasaan.....dan ianya bermula sejak awal-awal pagi lagi.....
Tekakku terasa gatal.... sesekali sudah mula membayangkan sakit batuk yang mula menyerang. Sesekali terasa pedih dan perit. Mengubah suaraku yang lemak merdu ini menjadi sedikit parau.... err... sedikit saja... merdunya masih ada! Sekadar mencetuskan rasa yang kurang selesa.
Lebihkurang jam 4.30 pagi, aku terjaga dari tidurku yang lena. Terus aku bangun membetulkan sedikit posisi anak kembarku itu yang kedudukannya dah merata-rata. Lantas kupejam mata, kembali melenakan diri untuk menyambung saki-baki pagi sebelum 'alarm' hpku berbunyi. Namun.... rupa-rupanya mimpi awal pagiku itu bukan sesuatu yang menarik untuk aku teruskan. Entah dari mana inspirasinya- mimpiku membawa kisah suamiku kawin lagi satu!! Mimpi yang menyengat begitu cepat saja membuatkanku berasa telah cukup tidur. Kerana itu, hpku takperlu di'snooze'kan pagi ini. Cepat saja aku berdiri. Suamiku yang menggeliat sedikit di sisi memberi ruang untuk aku melempiaskan rasa tak puas hati. Kucubit pehanya tiba-tiba. "Eh! Apasal nih?"... dan dengan selamba saja aku jawab "Aida geram sebab Aida mimpi abg kawin lain.."
Bersiap seperti biasa.... namun sebaik saja hendak keluar dari bilik, perutku pula seakan enggan berkompromi. Terpaksa aku buat u-turn untuk ke toilet. Hanya kerana selingan itu, jadual perjalananku agak lewat dari selalu. Jalan keluar dari rumah kebelakangan ini, paham-paham sajalah.... panjang benar barisannya. Hanya sempat bersalaman dengan pakcik makcikku yang baru sampai jam 5.30 pagi tadi. Dan akupun mulalah memandu dengan degup jantung yang agak laju kerana bimbang 'terlepas sempadan masa' yang ditetapkan. Aku parkirkan saja keretaku di pintu pagar kedua untuk mengelakkan kesesakan di depan sekolah rendah. Bergegas kami dua beranak masuk ke kawasan sekolah. Nasib baik Ezry sekarang pun dah pandai masuk ke pintu pagar sekolahnya sendiri...(bersebelahan sekolahku). Fuhhh!! Selamat... masih sempat! Kuintai pintu pagar yang menuju ke keretaku tadi, masih terbuka. Segera aku hantarkan begku ke bilik guru dan berlari-lari anak turun ke kereta semula untuk mengalihnya ke dalam kawasan sekolah. (Sebelum pak guard menguncinya.) Sampai saja ke pintu pagar utama, pelajar-pelajar telahpun berkumpul untuk perhimpunan pagi, menghalang laluanku. Jadi terpaksa kusadaikan saja keretaku buat sementara waktu di depan pintu pagar itu. 'Takpelah...nanti saja aku alihkan.'
Semasa perhimpunan, aku kembali ke bilik Kurikulum, ingin menyusun kertas-kertas peperiksaan tingkatan 4 untuk pagi ini. Memang kertas-kertas soalan telah siap dibalut dan dilabelkan, cuma perlu mengambilnya dari rak soalan ke rak depan untuk diambil oleh guru-guru yang berkenaan. Wah! Dah siap diletak di rak rupanya.... (Terima kasih kepada ..mungkin CT, atau Liza, atau Riana..atau siapa-siapa saja yang dah membantuku itu)... Jam telah hampir 7.30 pagi. Semua dah tersedia. Peperiksaan Tingkatan 5 hari ni Add Maths... subjekku.... huh! Dan tingkatan 4, Sejarah.
Tiba-tiba saja seorang guru memaklumkan, sepatutnya dia memulakan kertas agama kelas 2A... tapi kertas soalannya tiada. Aik! Pelik...sebab tadi rasanya semua dah tersedia di situ! Rasa was-was mula menyerang. 'Jangan kata cikgu petang lupa pulak nak tinggalkan soalan utk budak 2A nih!' (Sebab hanya T1 & T2 aliran agama yg berada di sesi pagi). Memandangkan waktu itu waktu yang melibatkan 'grouping', cikgu itu berlalu ke bilik guru, ingin memastikan sama ada cikgu yang seorang lagi yang telah mengambil kertas tu. Dan juga secara tiba-tiba, CT- SU SPM terperasan, soalan kelas KAA (aliran agama) T2 seperti ada yang terkurang. Sepatutnya T1 dan T2 ada dua kertas selepas rehat... tetapi kertas 2A cuma ada satu saja! Kertas KH tiada!! Aku berpeluh lagi... sedangkan peluh berlari seawal pagi tu pun belum kering lagi! 'Guano nih... Tadi rasanya semuanya dah ada di situ, ke aku jer perasan kertas tu kat situ... ke memang ada, tapi ada org dah ambil... ker......' Macam-macam ker yang bermain di fikiranku. Bukannya apa, bila dalam keadaan tergesa-gesa, macam-macam perasaan was-was mula ada. Tapi memandangkan aku juga ada kertas untuk dimulakan, aku terpaksa beredar dan meminta CT membantuku memastikan keadaan sebenar. Bimbang juga kalau-kalau lambat pula aku mulakan kertas Add Maths ni nanti.
Sampai saja di kelas..... muridku masih lagi tenang bersantai-santaian sedangkan jam sudah 7.45 pagi. Kertas sepatutnya bermula 7.50 pagi! Dengan tekakku yang perit-perit, terpaksa juga aku menjerit-jerit meminta mereka mengutip kertas dan tisu yang masih ada bertaburan di lantai.... dan seterusnya bersedia untuk memulakan peperiksaan. Soalan telah diedar, kertas graf juga....Agak sedikit kelam kabut, namun masih mampu aku mulakan tepat pada masanya..... dan baru aku perasan, terdapat sedikit getaran datang dari handbag ku. Sebaik ku genggam hpku itu, tertera 5 misscalls; 'Ofis SMKSS'.... Mungkin panggilan penting, lantas aku terus menghubungi ofis semula. Alhamdulillah..... hanya panggilan dari kerani, menyampaikan pesanan CT, 'Kertas agama 2A tu dah ditemui'. Memang cikgu yang seorang lagi tu dah ambil dulu. Barulah hatiku terasa sedikit lega.... Ku utuskan SMS bagi menyampaikan rasa terima kasihku buat CT yang dah membantuku tadi. Mendapat reply; "Ok. Ada cikgu dah amik paper tu. Cuma paper 2A lepas rehat (KH) tu tak ada tau...."...Aduhh.... maknanya memang kertas KH tu tak dapat dikesan!
Jiwaku yang baru nak tenang tu mula diuji dengan pelbagai 'ke' lagi.... Was-was pula dengan bundle yang SU Peperiksaan Dalaman petang telah tinggalkan untuk aku tu. Manalah tau dia terlepas pandang...dan mungkin perasaan aku je benda tu ada di situ.... Kertas tu akan hanya bermula 11.35 pagi... Takpelah, akan aku tanyakan semula SU petang tu, atau sementara itu akan kucari saja di mana-mana.
Tamat saja kelas 5D, cepat saja kakiku menuju semula ke bilik kurikulum. Ku selongakar soalan dalam almari SU petang satu per satu. Hasilnya...Tiada. Dan waktu itu juga Mar kelihatan berjalan laju menuju ke arahku. Macam ada benda tak kena saja rupanya. "Kak Aida...apasal tak jawab phone......ada masalah sikit dengan soalan Add Maths ni...no 13.... soalan English, figurenya lain, yg translate BM lain pulak figurenya...Yang mana satu kita nak pakai ni??" Alamak.....aku tak sempat bernafas, ada lagi yang tak kena.... Soalan dari Jabatan Pendidikan pun boleh salah jugak ke.... Macamana nak buat ya? Bukan boleh suka-suka je bubuh nombornya...kalau silap pilih nomkbor, penyelesaiannya entah jadi macamana. Kalau jadi berbelit nanti, maunya terus putih bersih kertas jawapan budak-budak tu..... Dalam kelam kabut tu, Mar kembali ke kelasnya sebab dia cuma tinggalkan kelasnya kepada cikgu kelas sebelah untuk tolong jaga.
Hah!! CT mesti sudah dapat skema jawapan dari jabatan..... Mungkin boleh cari hint di situ.... Pantas saja aku ke bilik guru untuk mendapatkan CT. Skemanya aku dah dapat.... penyelesaiannya juga dah dapat! Tinggal tugasku meronda dari kelas ke kelas untuk memaklumkan ralat soalan itu kepada murid saja....Sambil berjalan terlintas di fikiran untuk membelek jadual sekolah. Kuperiksa guru yang sepatutnya masuk ke 2A masa ke lapan nanti.... Seterusnya aku ke meja guru terbabit dengan harapan kertas itu ada bersamanya. Hampa..... Namun belum sempat berlalu, terpandang bucu fail merah kertas soalan yang diselit antara buku-buku dalam begnya... Ingin kepastian.... kuintai sedikit tulisannya....KH-2A!!!! Waahhh leganyaaaa!!! Problem solved!!! Bukan salah pun tindakan cikgu tu, cuma kebetulan hari ni hari aku haru biru .....Mungkin dia tak sabar nak menjalankan tugasnya sehingga kertas waktu ke 8 dia ambil dalam waktu pertama, hehehe Takpelah... semuanya selesai....
Naik semula ke kelas-kelas di beberapa floor tu untuk memaklumkan ralat-ralat..... aku mula rasa kehausan. Perut pun baru berani untuk berasa lapar. Aku melangkah menuju ke kantin.... Belum lagi sampai ke kantin, ternampak sebuah kereta yang seakan-akan bersedih ditinggal di luar pagar! Laaa.... keretaku tak alih lagi!! Kualihkan keretaku masuk ke kawasan sekolah. Berlegar-legar seketika mencari ruang menyelit. Akhirnya petak 'Ketua Bidang' yang lengang tu menjadi mangsa. Sorry ya! Anggap la kereta ni kereta cikgu Gani hari ni (tersedak lak cikgu Gani kat sekolah barunya!) Makan dan minum sambil berborak-borak kosong. Ada juga cikgu yang mengadu, kertas soalan yang melibatkan grouping tak ditulis nama guru. Susah untuk dikenalpastu guru yang perlu masuk mengawas dalam waktu seterusnya. Oklah..... mungkin dalam perjumpaan guru-guru yang akan datang, akan aku ingatkan mereka. Dan suapan cikgu itu terhenti, tak sempat habis... sebab pejabat maklumkan dia ada kelas 'relief'. Sebelumnya dia dah buat MOU untuk tukar slot suka sama suka dengan sorang lagi cikgu.....tapi tiba-tiba jadi lain pula.... Hrmmmm..... mungkin hari ni bukan hanya aku seorang sahaja yang haru biru!! Mungkin, kan?
Selepas rehat jadualku penuh hingga waktu balik. Waktu ke sembilan aku di 4J... baru mengedarkan kertas 1 Sejarah. Alamak.... satu kertas soalan tak cukup mukasurat! Takde soalan extra pula tu utk kelas tu. Aku menjenguk ke kelas sebelah... kertas masih belum habis diedar. kelas satu lagi kujenguk......tiba-tiba aku disapa. "Eh! nasib baik jumpa you.... I tadi cari kertas Sejarah 4P, tak ada tau!" Seorang guru menyapa. "Hah?! Tak ada? Mana boleh tak ada....tadi saya sendiri susun...memang ada." jawabku dengan sedikit kesal kerana rupanya masih ada kes haru lagi untukku. "Betul I dah cari.... tak ada." Aku tak menjawab kali ini, cuma minta dia tengokkan kelasku sebentar untuk aku mencari soalan untuk murid yang mukasuratnya tak lengkap tadi. Melalui kelas 4K, gurunya mengamit-ngamitku memaklumkan soalannya kurang satu. Laju saja langkahku ke kelas yang seterusnya.... nasib baik ada soalan lebih di sana. Satu masalah selesai... hanya 4P yang belum selesai. Sekembalinya aku kepada guru yang mengadu tadi,dia memaklumkan dia ingin turun sekali lagi memeriksanya di bilik Kurikulum. Beberapa minit kemudian, dia naik semula dan memaklumkan kertas Sejarah 4P dah dimulakan oleh seorang guru lain yang menemui kertasnya di bilik kurikulum. Berkali-kali dia cuba meyakinkanku, tadi kertas itu sememangnya tiada di situ. Mungkin seseorang telah secara tidak sengaja terambilnya dan mengembalikannya semula ke sana..... sedangkan dia telah bergerak ke kelasnya. Tak kisahlah apa ceritanya, asalkan ia bermula tepat pada masanya.
Loceng balik dah kedengaran. Setelah selesai mengutip dan mengira kertas jawapan, aku kembali ke bilik guru. Badan mula terasa penat. Tekak pula makin terasa perit. Beg Ezry dah tersadai di tepi mejaku. Seperti biasa... orangnya entah sudah merayap ke bucu mana. Kudapatkannya dan memaklumkan bahawa hari ini dia akan pulang dengan rakanku, Kak Zarina, bagi memastikan dia tak terlepas kelas agamanya. Aku terpaksa stayback untuk meneruskan usaha menyiapkan jadual baru guru-guru bersama-sama Kak Noriyah. Entah hingga pukul berapa. Sebelum itu, kuselesaikan masalah 4 orang murid yang memohon menduduki peperiksaan Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan bagi menguji kelayakan mereka untuk tukar kelas. Mereka telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan K2 semalam..... (dengan bantuan pembantu guru untuk mengawasi mereka hingga pukul 4 petang) dan hari ini mereka datang lagi... untuk kertas 1 pula. (Aku berbincang dengan penyelaras tingkatan.... dan bersepakat membenarkan mereka mendudukinya setelah semua kertas lain selesai. Maknanya- minggu depan!) Sebenarnya... malas aku nak huraikan lebih-lebih tentang cerita 4 orang budak ni sebab memang panjang ceritanya....
Beberapa orang guru ada juga menyapaku. Katanya aku hari ni kelihatan agak stress dan serius. Mungkin betullah telahan mereka tu kerana aku ni memang manusia yang memang tak boleh nak 'cover-cover'. Jadi sebaik saja bersepakat untuk pulang, bilik guru telahpun bertukar lengang. Hanya 'wing guru petang' yang masih berpenghuni walaupun sebenarnya taklah lewat melampau.
Semasa hendak thumbprint dan punch-card..... Fairus ofis menegurku... "Amboii orang sana tu! Hari ni serius sejak awal pagi..... Terlupa nak senyum la tuh..... Saya nak tegur pun tak berani."... Aku tiba-tiba jadi sedikit malu. Sekadar menjawab ringkas " Banyak problem la hari ni Fairus. Start dari awal pagi sampai la balik nih...." Rasanya tak perlulah dia tahu betapa hariku ini hari haru biru!! Moga dengan punch-out balik tadi, haru biruku itu hanya terhenti setakat itu!